Want your
own Fotopage?











 
' jalan² sambil tangkap gambar buat koleksi '
Photobucket
By: Conan skywalkeR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Mar-2008 10:50 Email | Share | | Bookmark
~ Namanya Zufar ~

Budak kecik ni namanya Zufar. Anak jiran mak aku (merangkap juga besfren mak aku) kat kmpung. Tak nak langsung budak ni kat aku. Cet. Belagak btul.

Dah hari aku nak balik baru la sengeh2 skit.

Tengok je la.




Quote:
ni elok skit posing



Quote:
dah mula buat muka menyampah dia



Quote:
ni pun sama jugak, buat muka cam x bersalah je

Care to comment?


Sunday, 9-Mar-2008 13:16 Email | Share | | Bookmark
~ Jalan-jalan Carik Pasal Kat Melaka (Mac 2008) ~

bangunan apa ntah?
'jejak warisan'
istana kesultanan melaka
View all 27 photos...
Kali ni entry berkisarkan tentang perjalanan aku gi Melaka last week. Pas kenduri kawin kt bawah ni, aku trus round2 kt bandar Melaka itu. So, ini la hasilnya yg x seberapa (tangan pun dh ketar2 sbb penat ke sana-sini).

Yang penting, aku amat lah suka ngan bangunan2 merah kat situ. Apa-apa pun, kasi layan sama korang suma..




Quote:
"break jap la, aku penat le.. arini dh 20 round aku kayuh beca ni" (sukahati aku je buat dialog)



Quote:
namanya A Famosa



Quote:
aku pn dh pening2 lalat time ni. penat panjat tangga



Quote:
kubur kot? ye la tu



Quote:
nama bangunan adalah seperti yg terpapar pada bangunan tersebut



Quote:
nama jalan ini adalah Jalan Kota



Quote:
Istana Kesultanan Melaka



Quote:
nama jalan ini adalah Jalan Taman



Quote:
"nah, amik ini hadiah drp Beta. pasni jaga istana elok-elok ye"



Quote:
kakiku di atas kubur.....



Ini je la hasilnya.. penat le nak taip lagi.



waaa....lawa shot...teringat balik zaman bujang dulu..study kat itm melake... Wed 12-Mar-2008 01:30
Posted by:akuasyiek!  - [Link]
ingatkan jalan jalan cari PASal......

Entryku kali ini

Awal pagi bersinar suria
Burung-burung terbang melayah
Bulat mata cantik bercahaya
Sayang Majidah buah hati ayah
Wed 12-Mar-2008 07:48
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
salam bro...cun gila gmbr2 ni...tahap buat majalah tahun melawat Melaka dah ni...keep it up bro...ceriakan mata2 kami dgn hasil karyamu... Thu 13-Mar-2008 01:00
Posted by:blacks  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Sunday, 2-Mar-2008 14:29 Email | Share | | Bookmark
~ Persandingan Umairah dan Hifni ~

kat khemah. temanya biru
tgh tunggu pengantin lelaki dtg
sekitar umah pengantin perempuan
View all 18 photos...


Quote:
semoga kekal hingga ke akhir hayat






Tarikh : 1 Mac 2008 (SABTU)
Lokasi : Melaka


Sabtu, 1 Mac 2008 aku gi kenduri membe satu tpt keja ni kt Melaka. Siap sesat la b4 sampai (biasala kan). Wedding ni kiranya meriah la sebab :

1) masuk dalam slot RTM nanti

2) masuk jugak majalah (tak ingat la mjlh apa, dia ada bgtau dulu)

3) masuk jugak paper Harian Metro arini sebab naik bus pelancong tu round2 bndar Melaka



Apa2 hal, kasi layan sama korang... Tak larat nak taip le.

thanks bro coz sudi singgah ke WARUNG saya...bangga gila rasa bila ada OTAI2 yg singgah kat warung saya yg kecik tu...org baru bro...so much more to see & learn...lu punya gambar...pergh...meleleh la dia punya mood & story...karya seni yg patut ditatapi & dihargai...salute lu bro...singgah2 la lagi kalau ada masa ya...god bless u bro... Wed 5-Mar-2008 06:48
Posted by:blacks  - [Link]
camni la pesen baju raya hamba bbrp tahun lepas

Entryku kali ini

Pakai baju ikatkan sampin
Dipakai pada hari bahagia
Orang berkempen kita berkempen
Menambah meriah pilihanraya
Thu 6-Mar-2008 10:50
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
nice pics... Fri 7-Mar-2008 08:26
Posted by:ed  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Sunday, 13-Jan-2008 09:57 Email | Share | | Bookmark
~ Ladang Buah Naga @ Pitaya ~

sekitar ladang
ladang lagi
dan lagi..
View all 7 photos...
Last week aku gi "melawat" ladang buah naga kat area selatan. Besar la jugak ladangnya, hasil paling tinggi pengusaha tu capai smpai 3tan. Okay la tu, sebab dia pn baru dalam setahun mulakan projek ni. Masa pergi, buah naga tu tak cukup hari lagi untuk tuai hasilnya. Jangkamasa dari 'putik' buah smpai buah tu masak adalah dalam lingkungan 45 hari (masa aku gi tu dalam 38hari, so tak dapek la nak cilok sebijik-dua buahnya). Pengusaha ni tanam variety isinya yang kaler merah. Ada 3 kaler untuk isi buah naga iaitu :

- merah
- putih
- hijau

Apa-apa pun, kasi layan sama korang, bagi yg tak penah tgok cemana rupanya pokok buah naga ni (kalu dh penah tgok, tgok je lagi sekali).. Layannn..


------------------------------------------------------------------------------------





Quote:
pemandangan ladang buah naga tersebut, area sebelah tu pokok getah.




Quote:
'putik' buah (betul ke dipanggil camtu?)




Quote:
ni peringkat kudup bunga (rasanya, kalu salah istilah tolong betulkan)




Quote:
ni peringkat buah yg nak masak. satu tangkai maybe boleh ada 2-3 buah

dragon fruit??....mmg buah kegemaran ku....byk khasiat buah ni sebenarnya...gambar2 nih buat aku terasa nk mkn buah nih lak ehehe Tue 19-Feb-2008 10:54
Posted by:yaR-t  - [Link]
saya ada beli cacing tanah. kalau u nak baja organik call saya. 016 7071337 Fri 4-Jul-2008 14:24
Posted by:sham (yan) yaneban_62@yahoo.com
kami membekalkan baja vermikompos untuk tanaman.amat sesuai pada tanaman buah naga.hubungi boan 0123516002.tq Mon 16-Feb-2009 15:20
Posted by:boan ajip.mu@gmail.com
View all 20 comments Add comment


Thursday, 3-Jan-2008 06:43 Email | Share | | Bookmark
~ Botol ~


Quote:
ditinggalkan tanpa rasa ...

"Botol yang ditinggalkan tanpa rasa" ........ buleh jadi tajuk lagu tu
Apa pun ....... nicely executed
Fri 11-Jan-2008 02:36
Posted by:baning  - [Link]
intenet sni prob lak. nk reply komen pn berejam2.
botol sprite? salah tuh..
Fri 11-Jan-2008 08:30
Posted by:conan  - [Link]
Woahh..baek lu pnye macro ek..huhu... Tue 15-Jan-2008 21:01
Posted by:Qiffa's Photography & Editing qiffa_nawzi@hotmail.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Thursday, 3-Jan-2008 06:38 Email | Share | | Bookmark
~ Selamat Tahun Baru 2008 ~

 
 
 
View all 4 photos...

Quote:
SELAMAT TAHUN BARU 2008 !!


Selamat Tahun Baru suma, rasanya tak lambat sangat aku wish kat korang. Apa azam baru? Ke still renew azam lama?

Pic ini je la yg ada, sebab nya aku tak kuar pun malam new year tu. Tengok dari umah je la..

Selamat tahun baru.Semuga tahun 2008 lebih baik dari tahun2 berlalu Thu 3-Jan-2008 08:16
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
cantik nya gambar bunga api .... orang2 pro cam u all hasil mesti best... saya amik gambar bunga api .. kalau pro tengok sure kena kutuk nyer.... selamat tahun baru buat anda dan semoga sukses selalu .... Sat 5-Jan-2008 02:25
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Selamat Tahun Baru..azam aku thn ni..aku nk pi jalan2 lg!!!! Tue 8-Jan-2008 11:52
Posted by:jubedz/Bedy jhubzub@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 31-Dec-2007 05:51 Email | Share | | Bookmark
~ Jemputan Kenduri Kawin (29 Disember 2007) ~

pengapit pengantin
pasangan pengantin & pengapitnya
pengantin nya..
View all 17 photos...

Quote:
Selamat Pengantin Baru...(kualiti gambar kurang memuaskan)



Quote:
pelamin di hari persandingan



Lama rasanya aku tak update aku nyer FP ni. Bz skit ngan hal-hal keja dan sebagainya. Lagipun aku tak ke mana sangat, so gambar2 pun kureng. Tengkiu pada yg sudi singgah dan jenguk FP aku ni. Heheheh..

Kat opis ni tak leh lak upload gambar2. Ntah apa pulak tak kena ngan pc aku tu... Okkay, Sabtu lepas aku pegi kenduri kawin adik Ibu. Sedapnya makanan, dan program sepanjang majlis pn best dan menghiburkan. Sebab apa aku kata menghiburkan?? Usha la pic2 yg ada dalam ini entry.. LAYANNNN...

Tapi pic tak bape elok le. Mana nk amik gambar, nak amik vdeo cam lagi.

weh gile arr drag.. Wed 2-Jan-2008 07:35
Posted by:aku sweetheart
Add comment


Monday, 26-Nov-2007 03:27 Email | Share | | Bookmark
~ Menguruskan Kewangan/Perbelanjaan? ~


Quote:
Kad skit je, tapi azab...(kad genting pun masuk jugak?)



Dalam hidup ni di samping sibuk & terbeban ngan keja2 di opis, satu masalah lagi adalah kita sibuk & terbeban ngan 'fulus'. Macam aku skrg ni, asik pening ngan prob yg satu ni. Mak mintak itu, abah mintak ini, awal tahun adik nak kawin lagi (sape lg nak tolong, kalu bukan ALonG dia yg kene tolong..) Tapi apa2 hal 'famili first'..

Point-point kat bawah ni bagus gak & bila di pikir2 mmg pe'el aku bnyak tersenarai kat dalam tu. Antaranya adalah :-


1. Tiada perancangan perbelanjaan

(Persoalan “ kemana perginya wang saya?” sering timbul disebabkan aktiviti perbelanjaan harian yang tidak mengikut perancangan yang betul, disamping kegagalan kita untuk membezakan antara keperluan dan kehendak.)

2. Tiada simpanan tunai

(Setiap dari kita atau keluarga perlu mempunyai simpanan tunai sekurang-kurangnya 50 % daripada pendapatan tahunan supaya kita tidak menghadapi masalah bila kita terpaksa berbelanja lebih.)

3. Terlalu banyak menggunakan kredit

(Masalah besar sering berlaku apabila individu bertindak berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka (aku la tu).

4. Penggunaan wang ” durian runtuh ” secara tidak betul

(Membelanjakan wang lebihan seperti boinus secara tidak tepat, misalnya untuk hiburan dan sebagainya, itu hanya merugikan (aku pun sama).

5. Tiada persediaan untuk menghadapi perbelanjaan yang besar

(Tiada persediaan untuk perbelanjaan kewangan yang besar pada waktu2 tertentu seperti pembayaran premium insuran dan cukai2. Jadi dalam keadaan sebegini kadang2 tu terpaksa berhutang pulak. Adoiiii…bertambah bebanan yang telah sedia ada.)

6. Silap membuat andaian terhadap kos pemilikan

(Kadangkala kos sebenar bukan hanya melibatkan kos pemilikan sesuatu barang. Misalnya dalam hal pemilikan kereta, kos sebenarnya melibatkan hal2 lain seperti kos minyak kereta, pembaik pulih, penyelenggaraan, tayar kereta, insuran disamping insuran bulanan yang harus dibayar kepada syarikat kewangan.)

7. Kebocoran perbelanjaan

(Pembelian barang2 kecil yang sering dianggap murah tidak memberi kesan kepada kewangan, sebenarnya merupakaan sebahagian daripada faktor yang menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan anda. Hehehe..ini biasanya berlaku kepada orang perempuan yang lazimnya adalah ” impulse buyer” iaitu beli benda2 yang nampak di depan mata. Jika didapati barang tu murah, terus je beli sedangkan barang2 tu belum lagi diperlukan dengan anggapan bahawa lain kali barang tu akan jadi mahal, jadi belilah hari ini. Tak sedar perbelanjaan dah lari budget.)

8. Tabiat cuai ketika berbelanja.

(Ini lebih kurang sama dengan tips diatas. Kadangkala pengiklan menimbulkan tekanan ketika berbelanja, yang akhirnya menyebabkan berlaku pembelian barangan yang kurang diperlukan. ( Eh..eh..eh…nak salahkan pengiklan pula, dia jual barang, mestilah ada strategi masing2. Yang hang pi beli tu buat apa? )

9. Tidak menyimpan wang dalam jumlah kecil

(Prinsip ‘ lebih baik tidak menyimpan jika jumlah wang ingin disimpan kecil jumlahnya‘ harus dijauhi. Sebaliknya pegang prinsip ‘ sikit2, lama2 jadi bukit’.)


10. Bersikap tidak sanggup menunggu

(Sikap ini sering menjadi musuh utama dalam proses pengurusan kewangan peribadi. Tidak sanggup menunggu untuk memiliki sesuatu barangan akhirnya mengakibatkan perbelanjaan berlebihan. Sebaiknya amalkan prinsip ‘ simpan sekarang, belanja kemudian’)



Quote:
Aiyyaaaa.. kena folo la ini tips nanti. Asik 'papa'kedana' je ni.. Sumber tips : http://www.saraebooks.com/blog/tips-kendiri/kesilapan-dalam-mengurus-kewangan-peribadi.html

Bagus la hang punya fp ni... membina... byk aku blaja... Tue 18-Dec-2007 11:05
Posted by:LensaHijau Photography  - [Link]
saya pakai kad kredit untuk booking tiket fligt n isi minyak reta...
tapi kadang2 terbabas jugak guna buat beli barang2 lain
salam aidil adha
Wed 19-Dec-2007 19:39
Posted by:suargh  - [Link]
Assalamualaikum...
ani badi hom... ??
Sat 29-Dec-2007 13:09
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
View all 32 comments Add comment


Monday, 26-Nov-2007 02:12 Email | Share | | Bookmark
~ Entry Saja-saja & Suka-suka : (Untuk 18thn ke Atas Sahaja) ~

tips yg diberikan
Mesti korang @ sesapa yg bukak fp ni kata aku seorang yang gatal. Tapi hakikatnya bukan camtu..... Saja je bubuh pics ni. Smlm agak bosan, dan kebetulan ms aku tgh baca magzne ni tiba2 datang aura nak meng'capture' gambar2.

Ni smua hasil drp majalah MASKULIN, bukan majalah yang bukan2 @ yg mengarut-ngarut tu..okkay...
Sorry kalu ada yg tak senang ngan entry sebegini..







Quote:
Refer to MASKULIN edisi Disember 2007 utk maklumat lanjut



Quote:
Magazine yg sama edisi Disember 2007

Care to comment?


Wednesday, 21-Nov-2007 04:02 Email | Share | | Bookmark
~ Memancing di Waktu Senggang (Part II) ~

membe aku. tgh carik haruan (konon)
guna skipper sahaja..
scenery sekitar lombong


Lama gak aku tak update. Bz skit ngan tugas2 harian. Nak jalan2 amik gambo pun tak de mud. So yg ni je la ada untuk tatapan pengunjung fp ku yg tak seberapa ni. Amik guna fon je. Kasi layan...

-----------------------------------------------------------------------------------------------



Sabtu (17 Nov) aku ngan member aku gi mancing kat lombong (free, tak yah bayo). Pagi tu dia dh dekat2 setengah hari mancing sorang2 kat tasik area umah dia. Aku ada hal pagi tu, so tak dapat join. Tghari pas setel hal2 aku, aku pegi umah dia, kitorg pegi mancing kat lombong IPT yg slalu aku folo dulu.

Dalam pukul 12.00 camtu aku kuar dr umah, gi beli umpan (anak udang ngan anak katak) dan terus ke umah dia. Mancing kat situ aku bawak skipper ngan joran, tp slalu kalu guna skipper tu dah leh dapat ikan mata merah, tak pun anak tilapia.

Terik gila time tu masa sampai, rasa berbirat2 badan. Tempat teduh pun ada la dalam 2-3 pokok (tu pn pokok kecik2 je). Kitorg pun mula la mancing. Sejam pertama, takde hasil, takpe, cuba lagi. Hampir separuh tasik dh pusing carik port, terutama kat tpt yg ada petanda2 ada ikan. Aku lak dh lenguh pegang batang skipper tu. Umpan lak skit pun tak ‘bersentuh’ dek ikan. Slalu kalu letak je dapat, letak je dapat.

Masuk jam kedua, masing2 dh tensen. Tapi tetap berusaha. Cuba jaya la katakan. Masuk jam ketiga, aduhai... Kalu terer teka la apa kitorg dapat haritu :

- berpeluh-peluh tahap dewa
- badan yg berbirat-birat (cam ayam nandos kena panggang)
- gatal-gatal betis
- kepala yg tensen
- umpan anak2 udang yg abis mati akibat kepanasan terlampau
- umpan anak2 katak yg ‘hilang’ sebab tali pancing asik sangkut
- aku kehilangan penutup skipper (masa bukak tak ingat letak mana)


Kesudahannya, kitorg balik je. Mana la pegi suma ikan, dh pupus ke? Untuk menebus ketensionan itu, maka kitorg pegi mapley kat area DS dan melantak megi goreng, ABC dan teh ais sepuas-puasnya (lapar siol..).. Pegi lombong tu pun sbb masing2 dh sengkek, terutamanya aku yg dh papa kedana. Kalu tak, dh lama pegi kat kolam mancing yg berbayar tu. mana tau, dapat gak Rohu ke sekor dua.


>> bab memancing ni kena orang betul betul sabar je yang boleh bertahan...
>> macam saya kejab je...
>> lepas tu mesti kena tinggal...
Fri 23-Nov-2007 13:07
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
p/s yo.. thanks for visiting!!
p/s nak puji sekali lagi ni.. i love your tag!! cun giler!!
Sat 24-Nov-2007 16:37
Posted by:Cinta Dhinas Azraaei  - [Link]
tq pd yg sudi singgah & bagi kekomen.
kalu ada tips2 editing ke apa, drop la skit kat sini.
Mon 26-Nov-2007 02:35
Posted by:conan  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.