Want your
own Fotopage?











 
' jalan² sambil tangkap gambar buat koleksi '
Photobucket
By: Conan skywalkeR

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Sep-2007 06:18 Email | Share | | Bookmark
~ Jalan-jalan Carik Pasal kat Kuching, Sarawak (Part I)~



4 - 6 September itu hari aku pegi Kuching, sebab ada urusan kerja. Kejap je pun peginya, so tak dapat la banyak pic sangat. Kalu korang perasan, pic senget2 ke kanan je, ntah nape ngan tangan aku ni. Penat angkut barang rasanya (sebab banyak barang aritu bawak).

Pic ni kat area waterfront. Tp waterfront nya tak function pulak.. ke mana je aku pegi, mesti ada nye la yg tak function. Pastu pic kucing pun tak sempat nak gi + amik sebab ujan. Lagipun nak kejar citer Manjalara lagi. Pic ni je yg sempat aku edit, banyak keje pulak di bulan2 pose ni. Tunggu la nanti entry di Kuching Part II (kalau ada..).



gi kuching memang best. kalau makan kat sana pun syok dan murah. Sat 15-Sep-2007 06:33
Posted by:red  - [Link]
nice place kan... Mon 17-Sep-2007 03:06
Posted by:cham
Add comment


Thursday, 13-Sep-2007 01:09 Email | Share | | Bookmark
~ SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK ~





Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : "Masanya telah hampir tiba bila mana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.

Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?"

Dijawab oleh Rasulullah SAW : "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


~~~ Selamat menjalani ibadah puasa kepada sume yg sudi berkunjung ke FP ku yg tak seberapa ni. Moga mendapat keberkatan dari-Nya.. Amin.. ~~~




* Di-cilok dari Flickr.com

re: salam ramadhan..memang best sabah tu..ada rezeki pun nk pegi lg..tp kalau dh smpi sane x panjat gunung memang rugi Thu 13-Sep-2007 03:42
Posted by:ojie  - [Link]
Salam Ramadhan..
Mari bersama memburu Malam Lailatul Qadar..
Re: sekali sekala jiwang ok laa...
Thu 13-Sep-2007 04:04
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
B’tahjud menyerikan wajah,
Bersyukur membajai barakah
Bermuhasabah mencetus hikmah,
Bertawakal membuah pasrah,
Bersaudara menyemai mahabbah,
Berjihadlah menuju RAUDHAH…
Selamat Menyambut Ramadhan,
SEMOGA SEMAKIN BERTAQWA..
Thu 13-Sep-2007 14:00
Posted by:tomjel zelpaso@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 7-Sep-2007 02:16 Email | Share | | Bookmark
~ Bunga Api di PICC ~

2 September 2007, Grand Final bunga api kat PICC Putrajaya. Aku gi la tengok. Tepat pukul 10.00 malam start. 20menet je final ni. Ingatkan tembak sampai sejam. Maybe dh abis banyak masa lawan antara negara-negara itu hari. Lambat lak aku upload sebab aku gi Srwk mggu ni. Pics kat Kuchng pun tak banyak yg dapat. Huh !

Apa-apa hal, kasi layan sama korang... Gambo2 mmg banyak aku amik, tapi banyak jugak yg tak menjadi.. Huhuhu, tensen !















SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE-50.. MALAYSIA KU GEMILANG !!


~ MALAYSIAKU GEMILANG ~

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia, Maju Berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun




thanks singgah fp saya,.
cantik gambar2 nih. saya pun pegi tgk bunga api..tp jammed, nampak celah building je. sian anak2 sampai tertido kempunan nak tgk...
Thu 13-Sep-2007 00:08
Posted by:cak  - [Link]
terpeguns angat2 tengok bunga api yang you capture thanks for dropping by. selamat berpuasa Fri 14-Sep-2007 05:44
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
coooooooooooooooolll... i like it all. Sun 16-Sep-2007 14:55
Posted by:raunaz raunaz@gmail.com  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Saturday, 1-Sep-2007 06:40 Email | Share | | Bookmark
~ Renung-renungkan & Selamat Beramal.. ~

.........
‘At the end of the day, all U can hope for is to go on.
The older I get, the more I realize that just keeping on is what life’s all about .. ‘
- Janis Ian -


‘To live is to change, and to be perfect is to have changed often .. ‘
- John Henry Newman -







~ *Renung-renungkan & Selamat Beramal...* ~




Lokasi : Area di Pinggiran Lembah Klang
Tarikh : 17 Ogos 2007
Masa : Waktu Petang


ya ya saya renungkan....

Entryku kali ini…

Siri Korea berhenti seketika
Memberi laluan acara perbarisan
Selamat menyambul hari merdeka
Bersama kita pertahankan kebebasan
Wed 5-Sep-2007 03:07
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
hi,

such a beautiful result!

klasik | retro | moden ::: dolu-doluuu, hanya di orak arek

p/s :: esok we all jamming@orak arek café, pekan bangi :: call me for direction
Thu 6-Sep-2007 08:02
Posted by:yan orakarekproductions@yahoo.com  - [Link]
thank you for coming to my fp ya...induk kepada segala perkara sembahyang lima waktu sehari semalam...kategori wajib tu. Sun 9-Sep-2007 15:47
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 1-Sep-2007 06:22 Email | Share | | Bookmark
~ Bunga-bungaan yg Kembang Mekar ~

ni aku tau, roselle (leh dibuat jusss)
roselle jugak
ni pokok misai kucing, bukan misai sndiri atau misai ayah
View all 22 photos...
Mula-mula sekali aku nk wish ‘SELAMAT HARI MERDEKA’ yang ke-50 (jubli emas) pada semua yg sudi jengah2 FP aku yang tak seberapa ni.. Pics sambutan kemerdekaan aku kali ni takde la nmpak gayanya. Malas lak nk kuar, Putrajaya yang dekat cho-‘et ni pun aku malas nk gi, inikan pula nak kuar gi Dataran. Lagipun takde geng.

So, enrty kali ini adalah berkaitan bunga-bunga yg sempat aku snapp masa 2mggu lepas. Kasi layan sama korang. Spesis & nama-nama bunga ni aku serius tak tahu melainkan bunga raya, bunga melur dan orkid (jakun gila). So, kepada sesapa yang tahu, sila lah namakan jenis-jenis bunga tersebut. Maklum la, aku pun bukan Horticulturist. Hehehe... kasi layannnn...


(pokok MAS COTEK, salah satu tumbuhan herba tradisi masyarakat Malaysia, memang 'cotek', sebab pokok dia tak tinggi mana pun.. tapi banyak khasiatnya)

** tima kasih pada tuan punye nursery sebab bg aku amik2 pic wlaupun aku tak beli pun bunga nye..

Lokasi : Area di Pinggiran Lembah Klang
Tarikh : 17 Ogos 2007
Masa : Waktu Petang ...



Care to comment?


Monday, 20-Aug-2007 06:06 Email | Share | | Bookmark
~ Memancing Ikan di FIFOFO ~

pancing ku
meriah ngan budak2 sabahan
my fren
View all 8 photos...

(pancing ku.. mengena jugak sekor akhirnya)

Petang semalam (ahad) aku gi mancing ngan member aku.. bertahun sudah berlalu, aku dh lama tak mancing. Dulu rajin, kat kolam bayar ke, tak bayar ke ikut je. Janji dapai ikan.. ikan mata merah ngan tilapia pun dh kira best dah. Terkenang-kenang aku di waktu itu..

So, tempat memancing adalah di putrajaya, nama tempat tu FIFOFO (cutekan nama dia?). banyak kali pusing2 gak la br jmpa jalan nk gi (padahal sbelah highway je, dekat ngan PICC).. Apa lagi, kasi layan sama korang.. (pic guna fon je, konsentrate nk dapat ikan). aku dapat sekor, member aku dapat sekor.. dua-dua spesis rohu.. kitaorg kat situ dr pukul 5-8malam, nak stay lg cam malas je, sebab ujan, dan masing2 lapar dan nak terkucil tahap dewa..


(pemandangan indah di kala senja. ..di suatu senja di musim yg lalu, ketika itu hujan turun..)


(sorg sekor dapat ikannya - rohu)

Jom mancing sama pasni ! Kasi layan sama korang...

janji mengena, sekor pun jadilah...

Entryku kali ini…

Namdaemun tegak berdiri gagah
Gerbang selatan pintu negeri
Rakyat tempatan merasa megah
Terkenal segenap ceruk negeri

Menjadi kegilaan kaum hawa
Buat hiasan ditudung dan baju
Berada di sana rambanglah mata
Kalau boleh nak dapat satu
Mon 27-Aug-2007 05:47
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
thanks..dah lama tak gi mancing...
jubah UTM dgn UPM banyak bezanya...
Mon 27-Aug-2007 08:41
Posted by:Ika  - [Link]
beautiful pics Fri 31-Aug-2007 17:08
Posted by:Elsa  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 19-Aug-2007 04:32 Email | Share | | Bookmark
~ JINBARA - Patah Pusing Mini Showcase ~

pass masuk ke situ (thanks my fren)
kump. minda sbg artis pembukaan
cepot, u rawk beb! lagu cinta pntai merdeka
View all 17 photos...


Jumaat (17 ogos) aritu aku pegi tengok mini showcase Jinbara. Thanks to Aliff sebab bg aku pass masuk ke situ (ni kes kejar skuad perodua Era, dapat 4 pass). 2 pass dia bg aku. Asalnya nk pegi ngan dia, tp dia lak ada hal yg tak dapat dielakkan. So, pas abis duty (aku lari balik awal), terus pegi sana (Ruums KL).

Kat pass tu tulis 7.30pm stat, tp biasa la.. kul 8.30 lebih br show mula. Opening bermula ngan kump. Minda (tak sure ejaan) ngan 3 buah lagu. Okay la band ni, kasi hangat stage dulu. Pas abis diorg perform, kuar la Jinbara spt yg dinanti2kan. Pergh, apa nk dikata. Aku lak dok tepi speaker, layan banging la.. tu belum tengok lg org2 yg depan stage.



Last song utk this showcase, apa lagi kalau bukan FARHANA, memang best ! Suara vokalis usah dipertikaikan lagi.



Tak larat nak menaip la, tp mmg berbaloi pegi. Tak sia2 aku escape duty. Thanks to Warner Music sbb buat s/case kat situ.. (kalu buat kat bukit jalil, tak merasa la nk tengok camni dekat)..

Beli CD, gerenti puas hati !!


(VCD - kasihnya laila + farhana)


(cd lagu)

Apa-apa hal, kasi layan sama korang sume



tiar......tiar.....tiat.....tiar.....tiar....sampai seribu kali......#*+ tiar suaranya memang best....,superrrr... best.....,rock tetap rock tiar tetap tiar..................................................... Sun 16-Sep-2007 10:16
Posted by:rintia gadis_rock3@yahoo.com.my
hidup tiar...jinbara rock.....and I LOVE YAU............,kepada siapa yang membaca ini saya ingin tau emailnya kumpulan rock jinbara tiar...tolong segera beri tau saya okey... TERIMA KASIH Sun 16-Sep-2007 10:24
Posted by:rintia gadis_rock3@yahoo.com.my
assalamu alaikum .......ku ucp kan slamt menunaikan ibadah puasa untk semua umat muslimin dan muslimat, bagi siapa yang tau E mailnya kumpulan roc jinbara tolong beri tau saya wassalam...........,,,tiar................................................... Tue 18-Sep-2007 07:38
Posted by:rintia gadis_rock3@yahoo.com.my
View all 10 comments Add comment


Thursday, 9-Aug-2007 01:35 Email | Share | | Bookmark
~ Entry Rasapan ~

pandangan sisi sebelah sini
isi dalam
pandangan sisi sebelah sinun


Saja aku taruk pics ini sebab jarang jmpa (bagi aku la, mesti org lain dh penah tengok). Rokok ni aku tak tau datang dari mana. Abg aku cakap dia 'pau' boss dia punya. Boss dia tu org Korea. Tak tahu la dr mana Korean tu dapat.

Spesifikasi rokok ini.. (cewah) :

a) kotaknya putih (sah2 la leh nmpak kan)
b) rasanya cam bukan diproduce kan kt sini (aku rasa laa, padahal rokok langkawi pun camni gak actually)
c) takde tulis light ke, filter ke, menthol ke, light menthol ke, mentor-menti ke..
d) nama dia dunhill ultimate (sah2 la leh nmpak jugak)

RASA ROKOK INI : hmmm, aku taktau nk habaq camna. sangat light (double light @ triple light drp rokok light yg biasa ada kt pasaran sini). memang tak rasa apa, cam sedut kertas kosong je (bagi aku la). kalu ada sesapa nk try, mai sini aku bg. hehek..

** pada sesapa yg tau, kasi brief aku skit pasal ni. nk tau jugak. tq.



tak penah tgk pon rokok nie Tue 14-Aug-2007 15:26
Posted by:mushi  - [Link]
rokok ni dr korea rasanya. Tue 14-Aug-2007 23:55
Posted by:conan akin_kuroda11@yahoo.com  - [Link]
beli duti free daa.. ku beli sekarton tu ari. Fri 14-Sep-2007 20:02
Posted by:jebonx
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 00:14 Email | Share | | Bookmark
~ Si Comel HAKIMI ~

skodeng apa tu kimi.. ?
Baby ni namanya Hakimi (full-name tak tahu).. anak jiran sbelah umah. Mesra betul ngan aku. Dapat capture guna fon je la, cmra tiada bawak.. kasi layan.....






amboiiii comeinyeee hakimi...
tq kerana sudi jenguk fp kami ... rasa sonok pulak kerana otai sudi lawat kat fp kami yang tak seberapa....
Wed 8-Aug-2007 03:51
Posted by:kak kham  - [Link]
budak nih comel ..."anak sapa nih..."..ahaks.. Fri 10-Aug-2007 05:52
Posted by:cham
Add comment


Thursday, 2-Aug-2007 02:07 Email | Share | | Bookmark
~ Entry Makanan Feveret Lagi ~

Entry makanan feveret lagik.. sebab minggu ni 2kali aku gi makan. Hidop 'hot peri-peri'..


Hmmm... mampos la pedas yang amats.. kelu lidah untuk berkata la pas makan ni..


Memang 'gets u in the mood' la.. mood tahan pedas & sedap..


Aku? Menten ngan 'MILD' saje.. tak tahan pedas maa..


Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.